IMG_20150208_114713

18 Tahun Pengalaman Istana Perak

Guru kami, Pak Talib adalah bekas tukang masak istana Perak di Kuala Kangsar. Beliau menjadi tukang masak diRaja untuk DYMM Tuanku Sultan Perak.

Bersama Pak Talib

Setelah meninggalkan istana, beliau membuka katering Pak Talib dan menjadi antara katering yang popular di Ipoh. Masakan yang menjadi buah mulut orang ramai ialah rendang tok Pak Talib.

Kami bertuah kerana diberi kepercayaan untuk bersama beliau dalam menyediakan juadah ini dan juadah-juadah lainnya sejak tahun .

Apabila beliau semakin uzur, kami menguruskan semua urusan masakan manakala beliau menjadi pemerhati.

Pembukaan Warisan Pak Talib

Setelah beliau meninggal dunia, kami meneruskan legasi dan tradisi katering Pak Talib dengan menamakan syarikat kami sebagai Katering Warisan Pak Talib.

Katering ini masih menggunakan resepi guru kami tersebut, bersama rahsia-rahsia masakan istana serta tunjuk ajar yang kami dapati dari beliau.

Dan masakan kami yang utama, masih merupakan rendang Tok Pak Talib — yang menjadi juadah utama penduduk Kampung Manjoi sewaktu Hari Raya Aidiliadha dan Hari Raya Aidilfitri.