pramusaji atau pelayan pengantin
Tidak semua katering sama. Ada yang mementingkan bajet, dan ada yang mementingkan servis. Lihat apa ciri-ciri kami yang membezakan kami dengan pengusaha katering perkahwinan lain di Perak.

1. Jumlah Pramusaji Yang Ramai

Untuk pengantin dan tetamu di meja pengantin, kami sediakan 2 orang pramusaji. Mereka bertanggungjawab melayan pengantin dan ahli keluarga terdekat dari memotong lauk hingga kepada memastikan makanan sentiasa ditambah.

Untuk meja VIP bagi rombongan pengantin, cara makan ialah berhidang. Dan 1-2 pramusaji di sediakan untuk melayan tetamu ini.

Untuk 2 meja buffet, kami sediakan 1 pelayan di setiap lane untuk menyenduk lauk — terutamanya ayam dan daging. Ini mempercepatkan urusan tetamu dan memastikan lauk cukup untuk sepanjang majlis.

4-6 pramusaji lain pula akan ditugaskan di khemah tetamu, manakala 1 pembantu dapur akan berada di khemah untuk mengurus lauk pauk.

Anggaran tenaga kerja kami ialah sekitar 9 – 15 orang bergantung kepada jumlah tetamu yang dijemput.

2.  Tiada Perasa Tiruan

Kami kekal dengan pantang guru kami iaitu tiada Ajinomoto digunakan untuk masakan daging rendang tok, rendang dendeng, daging masak hitam, ayam masak merah, ayam goreng berempah dan lain-lain masakan utama kami.

Kami mahukan rasa asli masakan, kekal dengan tradisi istana dan tidak mahu MSG menyebabkan tetamu mengalami alahan.

3. Tukang Masak Terlatih & Mengikut Piawai

Kesemua tukang masak dan mereka yang terlibat dalam penyediaan lauk dan masakan telah menerima suntikan yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kami juga telah ke kursus Latihan Pengendali Makananan dan mematuhi keperluan katerer — dari jadual pembersihan dan simpanan sampel masakan untuk setiap majlis sebagai piawaian standard.

Selain itu, katering Warisan Pak Talib juga adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

4. Kualiti Bahan, Makanan Yang Panas dan Segar

Kami hanya gunakan bahan-bahan premium.

Sebagai contoh, perbelanjaan ramuan rempah ratus untuk memasak daging masak hitam sahaja adalah sekitar RM 900 — tidak lagi termasuk kos daging. Ini kerana kami menggunakan bahan paling berkualiti kerana pada kami, masakan yang enak dan bermutu adalah yang paling utama.

Untuk memastikan ayam kami kekal segar, panas, dan rangup, ayam goreng berempah kami dimasak di tempat majlis dilangsungkan.

Kemudian, semua lauk buffet untuk tetamu dihidangkan dalam bekas makanan stainless steel dan dipastikan mempunyai lilin di bawahnya agar ia kekal panas dan menyelerakan.

Untuk tetamu VIP, makanan dihidang di dalam dome stainless steel, manakala semua makanan pengantin akan ditutup dengan plastik lutsinar agar sentiasa bersih dan terpelihara.

5. Pengalaman Luas

Insyaallah, tiada majlis yang terlalu besar untuk kami.

Melalui pengalaman dengan guru kami, Allahyarham Pak Talib, kami didedahkan dengan penyediaan makanan dan servis dari majlis kecil seperti kenduri doa selamat sehinggalah majlis besar yang dihadiri oleh VIP dan kerabat istana di hotel mewah. Dari 1 majlis kecil sehinggalah ke 5 majlis besar dalam satu hari.

Dengan jumlah puluhan tahun pengalaman, kami faham dengan kehendak klien dari pelbagai golongan — dari warga kampung hinggalah ke mereka yang mempunyai kedudukan tinggi di mata masyarakat.

Insyaallah kami dapat membantu anda melaksanakan kenduri perkahwinan anda dengan lancar.